Mak Su Nor dan famili mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga kedatangan Ramadan tahun ini membawa kerahmatan buat kita.
Alhamdulilah, dah masuk hari ke 17 kita berpuasa. Jom anak-anak Mak Su semua kita gandakan amalan kebaikan dan rebut ganjaran pahala di bulan yang penuh kemuliaan ini.
Assalamualaikum and Salam Sejahtera istimewa buat kesayangan Mak Su semua,
Selamat tengah hari semua. Dah makan ke belum. Tak tau nak masak apa? Tak pa, jom hari ni kita sambung belajaq memasak dengan Mak Su. Lama dah kita tak main masak-masak.
Dun worry, jangan takut. Hari ni kita masak makanan yang cukup simple dan dijamin sedap tanpa was-was.
Jemput makan semua!
Resipi Sambal Sotong Oh Sotong Ala Thai
Bahan-bahan:
10 ekor Sotong (bersaiz sederhana) - dibersihkan dan dipotong setebal 3 inci lebar 3 helai Daun Limau Purut 4 sudu besar Cili Kering Kisar 3 sudu besar Pes Tom Yam 1 sudu besar sos sotong 1 sudu besar sos tiram 1 batang serai - dititik 10 biji cili padi - dititik 1 biji bawang besar - dipotong dadu 3 ulas bawang putih - diketuk dan dihiris halus 1 biji bawang besar - dipotong gelang
Setengah cawan air Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Cara-cara: Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar yang dipotong dadu, bawang putih dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak. Masukkan pes tom yam dan kacau rata, diikuti dengan sos sotong dan sos tiram. Tuangkan air untuk kuahnya. Perasakan dengan garam dan gula. Setelah cukup rasa, masukkan sotong, cili padi, dan daun limau purut. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga kuah mendidih dan sotong masak. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong gelang tadi. Tadaaaaaa .... Sambal Sotong Oh Sotong Ala Thai sedia untuk dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas. Kalau nak makan cicah dengan Roti Banggali pun sedap.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ... Tips apa ya Mak Su nak share minggu ni? Ok, Mak su nak ajar macam mana untuk pastikan sotong yang kita masak tidak liat seperti getah. Caranya, setelah sotong dibersihkan dan dipotong, masukkan sotong ke dalam air mendidih selama 2 minit. Kemudian angkat dan toskan sotong tersebut dan terus masukkan ke dalam air sejuk/ais. Senangkan? Cuba tau. Tak cuba kita takkan tau kan?
Biskut Raya kalau beli dari hypermarket tak sedap, kan. Jadi tiba lah masa untuk kita meyelongkar resipi-resipi biskut Raya.
So minggu ni Mak Su tak mau share masakan. Mak Su mau rekomen satu buku masak yang baru saja keluar dari oven. OUCH PANAS!!!
Buku masakan terbaru dari chef tersohor dan amat femes di kalangan bakers iaitu Chef Zubaidah Che Pa.
Buku baru dia, 101 Resipi Biskut Klasik, orang putih panggil dia 101 Classic Biscuits, sekarang boleh didapati di semua rangkaian Kedai Buku Popular. So biasa lah, Mak Su beli dari Kedai Buku Popular di Taiping Aeon.
Amboi bukan main cantik buku ni. Biskut klasik tapi English style! Semua gambar biskut di dalam buku ini sangat cantik dan lain dari buku-buku masak yang boleh didapati di pasaran. MESTI BELI!
Ada 101 resipi biskut klasik zaman Mak Su muda-muda dulu, seperti biskut Putu Kacang, biskut Bunga Cina, biskut Dam, biskut Samperit Dahlia, biskut Mentega Kacang dan lain-lain sewaktu dengannya.
Semua biskut klasik ni mesti dijaga, dipelihara ketulenan resipinya, dan jangan bagi hilang ditelan zaman, So, anak-anak muda semua, please take note ya!
Jom kita intai-intai!
Inilah buku dia. Kaver bagaikan buku masak dari Italy tapi biskut klasik Caterpillar
Ada 101 resipi tau! Semua gambar dia cantik-cantik belaka.
Tapi paling penting semua resipi PASTI JADI!
Biskut Mazola kesukaan orang ramai. Mak Su pun LIKE
Biskut Bangkit Santan cair di mulut kesukaan Pak Su
Biskut Almond London, kalau beli pasti mahal. Lebih baik buat sendiri.
Nampak tu, semua resipi ada gambar Langkah demi Langkah Step by Step
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat .....
Marilah kita bersama-sama buat biskut Raya. Jangan takut. Kita try cuba buat dulu. Ikut resipi pakar-pakar masak dan langkah demi langkah mereka. Jangan ubah-ubah resipi. Nanti tak jadi.
Selamat mencuba semua.
Jangan lupa belanja Mak Su makan biskut Raya dari air tangan you all tau!!!
Apa you all makan hari ni? Dapur Seoul Mak Su sekarang tengah cuti. Mak Su tengah kejar siri drama Korea paling H.O.T sekarang, Strong Woman Do Bong-soon. Karakter Do Bong-soon macam Mak Su, strong woman tau.
So, Encik Husband, you are on your on. Ada stok Mee Samyang H.O.T Chicken kat almari. Masak sendiri ok? (Mak Su melawak je. I still lub you, darling. Saranghaeyo! Tapi makan mee segera jugak)
Jemput makan semua!
Ni lah mee segera Korea yang paling best, Mee Samyang H.O.T Chicken. Ada cop HALAL dari Korea dan disahkan oleh JAKIM. Boleh makan tanpa was-was.
Hidangan untuk Encik Husband. Mai kita belajar kat bawah
Resipi Mee Goreng Anyo-Haseyo H.O.T, H.O.T, H.O.T
Bahan-bahan:
1 bungkus Mee Samyang H.O.T Chicken
Air secukupnya
1 biji Telur Goreng
Cara-cara:
Masak air sehingga didih. Masukkan mee ke dalam air panas. Masak sampai lembut mengikut kesukaan. Tutup api, tapis air dan masuk mee ke dalam pinggan.
Buka paket perencah dan taburkan ke atas mee dan gaul sehingga mesra.
Hiaskan dengan bijan dan serbuk rumpai laut (dari paket mee) dan telur goreng di atas mee.
Siap!
Mee Goreng Anyo-Haseyo H.O.T, H.O.T, H.O.T sedia untuk dihidangkan.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Kalau desperate mau cepat makan, masak mee dan air pada waktu yang sama. Tak perlu tunggu air mendidih dulu. Mee juga akan cepat lembut kerana sudah direndam di dalam air.
Untuk lebih sedap lagi, masukkan sedikit minyak bijan, bawang goreng, daun sup dan daun bawang ke atas Mee Goreng Anyo-Haseyo H.O.T, H.O.T, H.O.T sebelum dihidangkan.
Pesanan paling last dari Mak Su, jangan masukkan perencah ke dalam air didihan tau. Nanti jadi mee kuah, bukan mee goreng.
Mai Mak Su mau share satu rahsia pembuka selera yang boleh menyebabkan satu keluarga habiskan satu tong nasi panas.
Sambal belacan Mak Su yang spesial ni kerana Mak Su masih gunakan lesung batu untuk tumbuk cili tu. Kalau guna blender tak sedap kerana cili tak lumat sangat dan akan keluar banyak air. Jangan malas tau!
Itulah sebab sambal belacan Mak Su dipanggil Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali. Kena gunakan tenaga empat kerat untuk memastikan cili semuanya betul-betul lumat. Barulah best dan spesial dan alahai sedapnya.
Put in effort, you all. Kipidap!
Jemput makan semua!
Resipi Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali
Bahan-bahan:
6-8 biji Cili Merah yang dibuang bijinya
15 biji Cili Padi
Belacan sebesar ibu jari
1 sudu kecil Garam
Jus Asam Jawa secukupnya
Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan kecuali Jus Asam Jawa ke dalam lesung batu.
Tumbuk sehingga lumat. Bila dah lumat, masukkan Jus Air Asam Jawa dan kacau sebati.
Apa? Anak dara tak tau macamana tumbuk?
Laaa. Ok ok takper. Anak dara boleh belajar dari video di bawah, ok?
On your mark.
Get set.
Tumbuk.
Tumbuk, jangan tak tumbuk.
Dan tumbuk sampai betul-betul lumat.
Ni lah end-product dia.
Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali
Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali sedia untuk dihidangkan.
Boleh dimakan dengan apa saja lauk. Janji ada nasi panas.
Hidangan ala kampung hari ni: ikan kembung goreng kunyit, pucuk ubi kayu rebus, sambal sotong kering dan artis undangan khas hari ni iaitu Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Masa tumbuk, kalau sambal masuk dalam mata, jangan risau. Mak Su ada petua dia.
Ambil secubit garam dan letak di atas lidah. Alhamdulillah pedih sambal dalam mata akan berkurangan.
Kalau tak percaya, Mak Su syorkan semua pakai helmet aje lah masa mau tumbuk sambal belacan.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Kembali kita bersiaran naa sayang-sayang Mak Su. Kadang-kadang, memang buntu tak tau nak masak apa untuk famili tersayangkan? Walaupun Pak Su jenis tak kisah dan cerewat, of coz la Mak Su nak sajikan hidangan terbaik untuk Pak Su terchiiinntaa. Maka dengan penuh rasa kasih sayang, siaplah satu menu kegemaran famili Mak Su iaitu Nasi Lemak Manchester United I Cinta You, You Cinta I.
Jemput makan semua!
Resipi Nasi Lemak Manchester United I Cinta You, You Cinta I
Resipi Sambal Tumis Sotong Kering
Bahan-bahan:
3 ekor Sotong Kering - direndam dan dipotong kecil 4 Senduk Cili Kering Kisar 1 inci Belacan - dikisar bersama Cili Kering 3 Biji Bawang Besar dikisar Garam dan Gula secukup rasa Air Asam Jawa Cara-cara: Sotong kering direndam dengan air semalaman. Basuh bersih dan rendam sekali lagi selama satu jam. Setelah satu jam basuh sekali lagi dan sotong dipotong kecil. Kisar bawang besar sehingga halus. Panaskan minyak dan tumis bawang tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili betul-betul garing. Setelah garing, masukkan sedikit gula terlebih dahulu dan kacau sehingga gula hancur. Kemudian masukkan sotong dan digaul rata sebelum dimasukkan air. Masak dengan api perlahan sehingga sotong masak. Masukkan sedikit air, garam secukup rasa dan juga air asam jawa. Kacau rata. Apabila semuanya sudah mesra bolehlah ditutup api.
Resipi Nasi Lemak
Bahan-bahan: 3 cawan/pot Beras - basuh dan toskan 1 helai Daun Pandan - carik dan simpul 1 inci Halia - hiris 3 biji Bawang Merah - ditumbuk halus 1 cawan Santan Pekat 3 cawan Air Secubit Garam Cara-cara: Masukkan beras, air, santan pekat, halia, bawang merah, daun pandan dan secubit garam ke dalam periuk nasi. Kacau bahan-bahan sehingga rata dan mesra. Hidupkan suis periuk nasi. Tunggu sehingga nasi masak. Nasi Lemak Manchester United I Cinta You, You Cinta I sedia untuk dihidangkan. Boleh juga dihidangkan bersama hirisan timun, telur rebus/goreng dan juga ikan bilis dan kacang goreng. Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ... Tips untuk melembutkan sotong, mudah sahaja. Anak-anak Mak Su boleh rebus dahulu sotong kering ini seketika. InsyaAllah hasilnya, sotongnya akan menjadi lembut dan tidak liat. Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.
Anak-anak Mak Su apa habaq? Sori, minggu lepas Mak Su tak dan nak bersiaran. Buzy sikit.
Menu untuk hari ni simple ja. Tiap-tiap hari makan nasi, kadang-kadang jemu jugak. So kita tukaq sikit menu yang simple tapi confirm sedap dan mengenyangkan.
Mempersembahkan Kuey Teow Goreng Go Go Power Rangers Go Go Go!!!
Jemput makan semua!
Resipi Kuey Teow Goreng Go Go Power Rangers Go Go Go!!!
Bahan-bahan:
1 paket Kuey Teow (400 gm)
100 gm Udang ~ buang kepala & kulit
1 mangkuk Taugeh
1 mangkuk Kucai
1/2 cawan Air
2 senduk nasi Cili Kisar
7 ulas Bawang Merah (diracik halus)
2 ulas Bawang Putih (diketuk kasar)
1 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tomato
2 sudu besar Kicap Masin
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan Hiasan:
Daun Sup
Daun Bawang
Bawang Goreng
Hirisan Cili
Tauhu Goreng
Hirisan Fish Cake Goreng
Cara-cara:
Panaskan minyak.
Goreng bawang merah yang diracik halus bersama bawang putih yang diketuk sehingga wangi dan layu.
Masukkan cili kisar ke dalam gorengan bawang tadi dan kacau sehingga cili pecah minyak.
Apabila sudah pecah minyak, masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap.
Kacau sehingga sebati.
Masukkan udang dan air.
Tunggu sehingga udang hampir masak.
Masukkan sayur taugeh dan kucai bersama-sama kuey teow dan kacau rata.
Bila kuey teow sudah mesra dengan bahan-bahan tumisan, bolehlah diangkat dan taburkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, hirisan cili, tauhu goreng beserta hirisan fish cake yang sudah digoreng.
Taraaa Kuey Teow Goreng Go Go Power Rangers Go Go Go!!! sedia untuk dihidangkan.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Selalunya, anak-anak Mak Su selalu mengadu, kenapa bila mereka goreng kuey teow, kuey teownya akan patah-patah dan hancur. So, ni Mak Su nak bagitau, bila kita dah beli kuey teow, jangan simpan dalam peti sejuk. Letakkan kuey teow tu diluar pada suhu bilik yang biasa. Suhu di dalam peti yang sejuk akan menyebabkan cecair dalam kuey teow menjadi kering dan disebabkan itulah apabila kita menggoreng kuey teow akan patah-patah.
Jangan jeles tau. Belajar dan masak sendiri chuoollss.
Resipi Pisang Goreng KRUP KRUP KRAP Sedap Gila
Bahan-bahan:
1 sikat Pisang Awak atau Pisang Abu
3 cawan Tepung Beras
Secubit Soda Bikabonat
Secubit Garam
Secubit Gula
Air secukupnya (kalau suka effect KRUP KRUP KRAP kurangkan air dia)
Minyak secukupnya untuk menggoreng (kena banyak minyak untuk memastikan hasil gorengan menjadi ranggup)
Cara-cara:
Kupas pisang dan dibelah dua.
Satukan tepung beras, soda bikabonat, garam dan gula.
Tuangkan air sedikit-sedikit dan perlahan-perlahan ke dalam adunan tepung tadi. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
Panaskan minyak.
Ambil potongan pisang dan celup ke dalam adunan tepung satu persatu. Pastikan keseluruhan pisang disaluti dengan tepung.
Masukkan pisang ke dalam minyak panas tadi. Ulangi process sampai penuhi kuali.
Balik-balikkan pisang supaya masak sama rata.
Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letak ke atas tisu dapur untuk menyerap minyak.
Pisang Goreng KRUP KRUP KRAP Sedap Gila sedia untuk dihidangkan.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Encik Husband pesan soda bikarbonat itulah rahsia untuk pisang goreng kita menjadi rangup. Tapi awas! Jangan letak banyak-banyak ye anak-anak sayang, nanti pahit adunan tepung awak tu nanti.
Dah makan?
Atau masih dok pikiaq nak masak apa untuk famili?
Istimewa menu hari ni, Nasi Lemak Daun Lemuni Sambal Ikan Kayu Mak Su Nor Awet Muda Kurang 20 Tahun.
Sapa yang terasa nak awet muda cubalah. Ini kerana daun lemuni ni dipercayai ada khasiat awet muda. Kalau makan selalu pasti muda 20 tahun. Tapi Mak Su tak issue surat gerenti tau!
Dan bukan saje ada khasiat awet muda tetapi juga boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Hah ni bukan Mak Su yang cakap tapi Pakcik Wikipedia yang bagi info.
Klik lah link di bawah dan tengok apa lagi info Pakcik Wikipedia bagi:
Mai sini sama-sama kita cuba masakan yang simple tapi cukup menyelerakan ni. Confirm satu famili makan bertambah berkali-kali.
Jemput makan semua.
Sesiapa yang tak kenal, ni lah dia daun lemuni. Mak Su lupa tangkap photo dia. So Mak Su pinjam photo ni dari blog http://akaktoo.blogspot.my. Thank you banyak-banyak ye!
Ni lah Nasi Lemak Daun Lemuni. Wajib dimakan bersama Sambal Ikan Kayu.
Amboi BESTNYA! Encik Husband pasti akan tambah nasi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ...
ooopps, sori ye, rekod rosak.
Resipi Nasi Lemak Daun Lemuni Sambal Ikan Kayu Mak Su Nor Awet Muda Kurang 20 Tahun
Resipi Nasi Lemak Daun Lemuni
Bahan-bahan:
3 pot Beras
20 helai Daun Lemuni - dikisar
5 biji Bawang Merah - dimayang halus
2 ulas Bawang Putih - dimayang halus
1 inci Halia - diketuk
3 helai Daun Pandan - dsimpulkan
3 cawan Air
2 cawan Santan Pekat
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Basuh beras hingga bersih dan toskan.
Masukkan
beras ke dalam periuk nasi dan kemudiannya masukkan air, santan, daun
lemuni yang sudah dikisar, bawang merah, bawang putih, halia, daun
pandan dan garam secukup rasa.
Kacau pelahan supaya bahan bahan tadi sebati.
Hidupkan suis periuk nasi dan tunggu sehingga nasi masak.
Resipi Sambal Ikan Kayu Bahan-bahan:
2 ekor Ikan Kayu/Tongkol
3 sudu besar Kunyit Serbuk
6 biji Bawang Besar
200 gram Cili Kering - dikisar
2 inci Belacan - dikisar bersama cili kering
3 sudu besar Air Asam Jawa
1 biji Bawang Besar - dihiris nipis secara membulat
Garam dan Gula secukup rasa
Cara-cara:
Basuh ikan sehingga bersih dan ketepikan.
Gaulkan ikan bersama-sama kunyit dan garam.
Di dalam kuali yang bersesuaian, panaskan minyak. Goreng kesemua ikan sehingga garing dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak menggoreng ikan tadi, kurang sedikit minyak dan tinggalkan anggaran dalam 5 sudu besar minyak sahaja di dalam kuali.
Apabila minyak sudah panas, tumiskan bawang merah yang dikisar tadi sehingga naik bau dan kekuning--kuningan.
Kemudian, masukkan cili kering yang sudah dikisar dan kacau sebati. Goreng sehingga pecah minyak.
Apabila cili sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan sedikit air dan kacau.
Tunggu sehingga sambal menggelegak, dan masukkan ikan yang digoreng tadi. Kacau rata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sehingga mesra kesemuanya.
Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar. Kacau sehingga bawang layu dan boleh ditutup api.
Siap!
Nasi Lemak Daun Lemuni Sambal Ikan Kayu Mak Su Nor Awet Muda Kurang 20 Tahun sedia untuk dihidangkan.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Mai sini Mak Su nak bagi tau cara-cara nak elakkan ikan melekat di kuali semasa menggoreng ikan. Senang saja. Masukkan beberapa keping asam keping di dalam minyak gorengan ikan semasa kita menggoreng ikan. InsyaAllah, ikan tidak akan melekat di kuali dan kita boleh membalik-balik ikan yang digoreng itu dengan lebih mudah.
Tapi Mak Su mau cerita sikit Hikayat Anak Nombor Tiga Mak Su tu main masak-masak.
Cuti am hari tu, dia mau masak untuk Encik Husband dia. So dia pun buka peti sejuk dan keluarkan semua bahan-bahan yang boleh dimakan dan hampir expire. Dan mulalah masak macam anak-anak kecil main masak. Campak semua sekali ke dalam kuali.
Kononnya mau masak kari daging. Tengok-tengok keluar rendang daging. Alhamdulillah. Nasib baik Anak Nombor Tiga ni dah lama ikut mak dia masak. Dah besar terror lah sekarang.
So terhasil lah 2 Menu Campak-Campak Saranghaeyo ~ Ala Rendang Daging "I Lub My Hubby" dan Sayur Campur Cendawan "You Are Truly Wonderful To Me".
Jemput makan semua!
Menu Campak-Campak Kari Daging tukar jadi Rendang Daging. Ala-ala aje. Tapi it's okay. Selagi hubby dia suka. Hubby dia bawa bekal ke kerja lagi, tau!
I Lub You, Hubby!!!
Main Campak-Campak pun keluar cantik macam dah rancang awal-awal.
"You Are Truly Wonderful To Me!!!"
Konfirm Menu Mengikat Hati Suami
Resipi Campak-Campak Ala Rendang Daging "I Lub My Hubby"
Bahan-bahan:
300 gram Daging - dipotong kiub
30 gram Cili Kering - dikisar halus
4 batang Serai - dipotong kecil dan dikisar halus
1 inchi Lengkuas - dikisar
5 biji Bawang Merah - dikisar
1 biji Bawang Besar - dihiris nipis
2 biji Ubi Kentang (sederhana besar) - dipotong baji
2 helai Daun Kunyit - dihiris nipis
4 sudu besar Minyak Masak - untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara-cara:
Cuci daging sehingga bersih dan sejat air basuhan.
Kisar kesemua bahan seperti cili kering, serai, lengkuas dan bawang merah sehingga halus.
Panaskan minyak.
Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga pecah minyak.
Setelah pecah minyak, masukkan ubi kentang yang sudah dipotong tadi. Kacau sehingga bahan-bahan mesra.
Apabila kentang sudah setengah empuk, masukkan pula daging.
Kacau supaya bahan-bahan tergaul mesra.
Biarkan seketika sehingga kentang betul-betul empuk dan daging sudah masak dan lembut.
Masukkan hirisan bawang dan juga hirisan daun kunyit. Kacau sehingga sekata. Perasakan dengan garam secukupnya.
Apabila hirisan bawang sudah layu, tutup api maka Ala Rendang Daging "I Lub My Hubby" sedia untuk dihidangkan.
Resipi Campak-Campak Sayur Campur Cendawan "You Are Truly Wonderful To Me".
Bahan-bahan:
2 paket Cendawan Tiram
200 gram Isi Daging Ayam
1 paket Kacang Pea - dipotong serong
1 paket Jagung Muda - dipotong secara memanjang
4 biji Cili Merah - dipotong secara memanjang
4 biji Bawang Merah - dimayang halus
2 ulas Bawang Putih - dimayang halus
1 sudu kecil Lada Hitam - ditumbuk halus
1 cawan Air
Garam secukup rasa.
Cara-cara:
Basuh cendawan tiram, kacang pea, jagung muda dan cili merah sehingga bersih. Potong sayur-sayuran tersebut mengikut potongan seperti yang dinyatakan di atas.
Ayam dicuci sehingga bersih dan dipotong dadu.
Di dalam kuali atau periuk yang bersesuaian, masak air sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan bawang putih dan bawang merah yang dimayang halus ke dalam air yang mendidih tadi. Kacau sehingga rata.
Masukkan cili merah dan biarkan seketika.
Kemudian, masukkan juga kacang pea, jagung muda dan lada hitam. Kacau.
Masukkan ayam dan kacau sehingga kesemua bahan mesra semuanya. Biarkan seketika atau sehingga ayam betul-betul masak.
Akhir sekali, masukkan cendawan tiram dan kacau sehingga sekata kesemuanya.
Jangan lupa ya, garam secukup rasa.
Apabila cendawan sudah sedikit layu dan masak, tutup api.
Sayur Campur Cendawan "You Are Truly Wonderful To Me" sedia untuk dihidangkan.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Tip Mak Su hari tak da la tentang masak sangat. Cuma nak bagi tips kat isteri-isteri kat luar sana yang takut nak masak sebab alasannya tak pandai masak atau kalau masak nanti tak sedap.
Sayang-sayang semua, don't worry, masaklah dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Sambil kacau makanan yang dimasak tu sambil-sambillah berselawat. Kalau sekali masak kurang menjadi, jangan putus asa cuba lagi. Belajarlah dari emak tersayang, bonda mentua tercinta tak pun kalau malu, google sajalah tips memasak. Confirm masalah selesai.
Tengok anak Mak Su yang Nombor Tiga, bila tak terikat dengan resepi dan main campak-campak ja, dah jadi dua menu yang memikat selera.
Ingat tau, salah satu rahsia kebahagiaan rumahtangga adalah apabila kita pandai memikat perut suami. Saranghaeyo!!!
Mak Su mau introduce pulak kudapan cekodok pisang Ma Su yang terror ni. Amat sesuai dimakan di waktu pagi terutama sekali pada musim hujan yang sejuk ni.
Bila Ma Su masak cekodok pisang ni, mesti Mak Su teringat balik cerita drama Korea yang sedap tapi amat sedih faberit Mak Su, iaitu drama Winter Sonata.
Itulah sebab Mak Su gelarkan dia Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG BANG. Sehebat drama tu. Masa makan amat sedap dan romatik tapi bila dah habis makan amatlah sedih kerana rindukan dia lagi.
Jemput makan semua!
Ni lah drama yang menyebabkan para wanita Malaysia menangis tersedu-sedu habis satu kotak tisu.
Ni lah Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG BANG.
Tengok gambar pun dah hilangkan diri ke Pulau Namiseom di Korea di mana drama ini difilemkan.
Oh so very the romantik. Kan? Kan? Kan?
Resipi Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG BANG
Bahan-bahan:
3 cawan Tepung Gandum
Sesikat Pisang 'Dole' atau lebih dikenali sebagai Cavendish Banana Singles
2 sudu besar Gula Perang
1 cawan Air
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara:
Kupas dan buangkan kulit pisang.
Lenyekkan pisang yang dikupas tadi dengan menggunakan garpu sehingga hancur.
Masukkan gula dan tepung ke dalam pisang yang sudah dilenyek tadi dan gaul sehingga sebati.
Sekiranya adunan sangat pekat, masukkan sedikit air.
Panaskan minyak sehingga kepanasan yang sederhana.
Basahkan hujung jari kita ke dalam air dan jemputkan adunan tepung itu tadi ke dalam minyak panas. Ulangi proses ini sehingga ia memenuhi 3/4 ruangan kuali.
Goreng sehingga ia menjadi warna kuning keemasan.
Angkat dan toskan.
Boleh diletakkan di atas tisu dapur supaya minyak gorengan meresap.
Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG sedia untuk dihidangkan.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Semasa menggoreng cekodok, ingin Mak Su ingatkan. Anak-anak mesti bijak mengawal api. Api jangan terlampau besar dan minyak jangan terlampau panas kerana ini akan menyebabkan cekodok kita akan cepat hangit tetapi dalam cekodoknya masih belum masak lagi. Kalau apinya tidak cukup panas, cekodok kita akan berminyak dan agak lembik. Jadi berhati-hati ya sayang.
Mak Su nak introduce menu hebat Ikan Talapia Masak Tiga Rasa ni. Ada rasa masam, ada rasa manis, dan apa lagi, mestilah ada rasa masin!
Oh indahnya kehidupan masakan Legend of the Blue Sea Mak Su ni!
Jemput makan semua!
Resipi Ikan Talapia Masak Tiga Rasa Oh Indahnya Kehidupan Legend of the Blue Sea
Bahan-bahan:
5 ekor Ikan Talapia (saiz sederhana) 75 gram Cili Kering - dikisar halus 2 biji Bawang Besar - dikisar halus 3 ulas Bawang Putih - dikisar halus 20 biji Cili Padi - dipotong halus 3 sudu besar Serbuk Kunyit 2 sudu besar Sos Cili 1 sudu besar Sos Tomato 1 sudu Sos Tiram 1 sudu besar Sos Ikan 1 sudu besar Cuka 1/4 biji Nenas - dipotong dadu 1 biji Bawang Holland - dipotong dadu
Garam secukup rasa Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Basuh ikan talapia sehingga bersih.
Gaul ikan tadi bersama-sama serbuk kunyit dan sedikit garam. Biarkan seketika selama 10 minit.
Panaskan minyak secukupnya bagi menggoreng ikan.
Goreng kesemua ikan talapia yang sudah dilumurkan dengan kunyit tadi sehingga garing dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi (buangkan sedikit sekiranya banyak, tinggal anggaran dalam lima sudu besar sahaja), tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak (cili kering, bawang besar dan bawang putih).
Apabila sudah pecah minyak, masukkan cili padi, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan juga cuka ke dalam bahan tumisan tadi.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan nenas dan bawang holland yang dipotong dadu. Kacau sehingga sebati.
Masukkan ikan yang digoreng tadi dan kacau sehingga mesra.
Tutup api danIkan Talapia Masak Tiga Rasa Oh Indahnya Kehidupan Legend of the Blue Sea sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Ramai anak-anak Mak Su yang kurang gemar untuk makan masakan yang berasalkan ikan sungai. Kenapa ya? Kerana, selalunya ikan sungai ni ada 'rasa yang sedikit pelik'. Jadi untuk menghilangkan 'rasa yang sedikit pelik' tu, setelah ikan dibasuh bersih, rendam seketika ikan tersebut di dalam air yang diletakkan sedikit garam atau cuka atau air asam jawa selama 5 ke 10 minit. InsyaAllah, 'rasa yang sedikit pelik' tu akan hilang. Cubalah ya.
Nasi Daging Mak Su Nor bukan ala Korea Bulgogi Goblin Gong Yoo tau. Tapi Nasi Daging ala Country Road Take Me Home.
Mengapa? Kerana supaya anak-anak tersayang Mak Su akan rindukan rumah kat kampung bila terfikir Nasi Daging Mak Su ni. Terus mereka akan nyanyikan lagu Country Road Take Me Balik Kampung.
Jemput makan semua!
Resipi Nasi Daging Mak Su Nor Country Road Take Me Home
Bahan-bahan:
Untuk Nasi Daging:
2 cawan Beras Basmathi
500 gram Daging
2 liter Air
Perkakas Tumis (2 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga)
2 biji Bawang Besar - dikisar halus
3 ulas Bawang Putih - dikisar halus
1 inci Halia - dikisar halus
3 sudu besar Minyak Sapi
1 tin Susu Cair
Untuk Air Asam:
3 biji Bawang Besar
3 biji Tomato
50 gram Cili Kering - dikisar halus
10 biji Cili Api
1/2 tin Sup Tomato
1/2 cawan Air Asam Jawa
Garam dan Gula secukup rasa. Cara-cara:
Untuk Nasi Daging:
Potong daging nipis-nipis atau mengikut saiz kegemaran masing-masing.
Basuh daging sehingga bersih.
Rebus daging bersama-sama 2 liter air sehingga empuk. Apabila daging sudah empuk, tutup api.
Dalam periuk yang berasingan, tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang sudah dikisar halus tadi bersama-sama minyak sapi dan perkakasan tumis.
Apabila tumisan sudah garing, masukkan 2 cawan air rebusan daging, susu cair dan garam secukup rasa.
Masukkan beras. Kecilkan sedikit api, tutup periuk dan masak sehingga beras masak menjadi nasi. Jangan kacau terlampau kerap kerana ini akan menyebabkan beras patah.
Untuk Air Asam:
Potong bawang besar dan tomato kepada 4 bahagian, dan kemudiannya hiris halus-halus.
Hiris cili padi halus-halus.
Di dalam mangkuk yang bersesuaian, satukan bawang besar, tomato dan cili padi yang sudah dihiris bersama-sama cili kering yang sudah dikisar, sup tomato dan air asam jawa.
Kacau sehingga bahan-bahan tadi mesra bersama.
Perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing.
Cara Untuk Dihidangkan:
Sendukkan nasi ke dalam pinggan, dan hiaskan dengan daging yang sudah dihiris tadi.
Sendukkan air asam ke dalam mangkuk yang berasingan.
Dan akhirnya, Nasi Daging Mak Su Nor Country Road Take Me Home sedia untuk dihidangkan. Nyuuuummmmy. Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Nak tau apa rahsia kalau kita tak mau bagi Beras Basmathi kita patah ketika memasak? Masukkan setengah sudu besar gula ke dalam beras yang sedia untuk dimasak. InsyaAllah, nasi yang dihasilkan akan panjang-panjang dan tidak mudah patah. Nanti cuba tau.
Assalamualaikum dan selamat tengahari semua! Dah kenyang ka semua ? Alhamdulillah ... Mak Su dah start dok pikiaq apa nak masak untuk minum petang sat lagi. Tanya En. Husband, dia request nak makan cucoq udang.
Lepas sembahyang Zohor tadi, Mak Su pi selongkar dapur. Cukup bahan-bahan untuk buat cucoq dengan kuah kacang sekali.
Maka, tadaaaaa ............. Cucur Udang Kuah Kacang Gunung Berapi Mak Sur Nor Jeng Jeng Jeng untuk minum petang ini. Sedapnya ...
Jemput makan semua!
Tu nampak tak? Kuah Kacang Gunung Berapi tengah berasap. Kalau tak cuba, pasti meletup.
Resipi Cucur Udang Kuah Kacang Gunung Berapi Mak Sur Nor Jeng Jeng Jeng
Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk Cucur:
500 gram Tepung Gandum
1 sudu teh Baking Powder
2 sudu teh Serbuk Kunyit
50 gram Kuchai
50 gram Taugeh
200 gram Udang (lagi banyak kita masukkan udang, lagi sedap tau)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya (untuk menggoreng) Bahan-bahan untuk Kuah Kacang:
500 gram Kacang Tanah
100 gram Cili Kering
3 biji Bawang Besar
1 inci Belacan
1 inchi Halia
2 batang Serai (dititik)
Setengah cawan Air Asam Jawa (cair)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya (untuk menumis) Cara-cara:
Untuk Cucur:
Masukkan tepung dan baking powder ke dalam bekas yang bersesuaian.
Potong kuchai panjang-panjang dan masukkan ke dalam tepung bersama taugeh dan juga udang.
Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung tadi. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adun sebati.
Masukan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
Panaskan minyak secukupnya.
Masukkan adunan tepung ke dalam minyak panas. Sendukkan
adunan tepung dengan senduk yang leper, dan masukkan adunan ke dalam minyak panas. Tidak perlu dibuat bulat-bulat, dan pastikan ia sedikit lepas.
Goreng sehingga garing dan ulangi sehingga adunan tepung habis digoreng.
Untuk Kuah Kacang:
Kacang tanah dibasuh bersih dan disangai sehingga masak (goreng tanpa minyak)
Tutup api, dan biarkan sehingga sejuk. Buang kulit kacang dan kisar (Bahagikan kacang kepada 2 bahagian, 1 bahagian dikisar kasar dan 1 bahagian lagi dikisar halus).
Basuh cili kering sehingga bersih dan tapis.
Kemudian,cili kering, bawang besar, halia, dan belacan digoreng terlebih dahulu sehingga naik bau. Angkat dan biarkan sejuk dan kisar sehingga halus.
Dengan menggunakan minyak tadi, tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air dan kacang yang sudah dikisar tadi. Kacau sentiasa supaya kuah tidak berkerak.
Berhati-hati ya, time ni kuah kacang ni akan meletup-letup.
Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukupnya.
Tutup api.
Cara Untuk Dihidangkan:
Potong cucur udang tadi mengikut saiz kegemaran.
Masukkan kuah kacang ke dalam mangkuk yang bersesuaian.
Cucur Udang Kuah Kacang Gunung Berapi Mak Sur Nor Jeng Jeng Jengsedia untuk dihidangkan.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Untuk menambahkan lagi kesedapan dan keenakan pada kuah kacang, boleh la sayang-sayang semua tambahkan sedikit santan pekat ke dalam kuah tadi. Kuah akan menjadi lemak berkrim dan disukai ramai, hi hi hi.