Saturday 4 February 2017

Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG BANG

Assalamualaikum dan anyo-haseyo semua.

Apa khabar semua?

Mak Su mau introduce pulak kudapan cekodok pisang Ma Su yang terror ni. Amat sesuai dimakan di waktu pagi terutama sekali pada musim hujan yang sejuk ni.

Bila Ma Su masak cekodok pisang ni, mesti Mak Su teringat balik cerita drama Korea yang sedap tapi amat sedih faberit Mak Su, iaitu drama Winter Sonata.

Itulah sebab Mak Su gelarkan dia Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG BANG. Sehebat drama tu. Masa makan amat sedap dan romatik tapi bila dah habis makan amatlah sedih kerana rindukan dia lagi.

Jemput makan semua!

Ni lah drama yang menyebabkan para wanita Malaysia menangis tersedu-sedu habis satu kotak tisu.
Ni lah Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG BANG.
Tengok gambar pun dah hilangkan diri ke Pulau Namiseom di Korea di mana drama ini difilemkan. 
Oh so very the romantik. Kan? Kan? Kan?


Resipi Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG BANG 

Bahan-bahan:

3 cawan Tepung Gandum
Sesikat Pisang 'Dole' atau lebih dikenali sebagai Cavendish Banana Singles
2 sudu besar Gula Perang
1 cawan Air
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara:

Kupas dan buangkan kulit pisang.

Lenyekkan pisang yang dikupas tadi dengan menggunakan garpu sehingga hancur.

Masukkan gula dan tepung ke dalam pisang yang sudah dilenyek tadi dan gaul sehingga sebati.

Sekiranya adunan sangat pekat, masukkan sedikit air.

Panaskan minyak sehingga kepanasan yang sederhana.

Basahkan hujung jari kita ke dalam air dan jemputkan adunan tepung itu tadi ke dalam minyak panas. Ulangi proses ini sehingga ia memenuhi 3/4 ruangan kuali.

Goreng sehingga ia menjadi warna kuning keemasan.

Angkat dan toskan.

Boleh diletakkan di atas tisu dapur supaya minyak gorengan meresap.

Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG  sedia untuk dihidangkan.

Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...

Semasa menggoreng cekodok, ingin Mak Su ingatkan. Anak-anak mesti bijak mengawal api. Api jangan terlampau besar dan minyak jangan terlampau panas kerana ini akan menyebabkan cekodok kita akan cepat hangit tetapi dalam cekodoknya masih belum masak lagi. Kalau apinya tidak cukup panas, cekodok kita akan berminyak dan agak lembik. Jadi berhati-hati ya sayang.

Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.

No comments:

Post a Comment