Assalamualaikum and Salam Sejahtera,
Buat apa tu semua?
Mak Su nak introduce menu hebat Ikan Talapia Masak Tiga Rasa ni. Ada rasa masam, ada rasa manis, dan apa lagi, mestilah ada rasa masin!
Oh indahnya kehidupan masakan Legend of the Blue Sea Mak Su ni!
Jemput makan semua!
Resipi Ikan Talapia Masak Tiga Rasa Oh Indahnya Kehidupan Legend of the Blue Sea
Bahan-bahan:
5 ekor Ikan Talapia (saiz sederhana)
75 gram Cili Kering - dikisar halus
2 biji Bawang Besar - dikisar halus
3 ulas Bawang Putih - dikisar halus
20 biji Cili Padi - dipotong halus
3 sudu besar Serbuk Kunyit
2 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tomato
1 sudu Sos Tiram
1 sudu besar Sos Ikan
1 sudu besar Cuka
1/4 biji Nenas - dipotong dadu
1 biji Bawang Holland - dipotong dadu
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Basuh ikan talapia sehingga bersih.
Gaul ikan tadi bersama-sama serbuk kunyit dan sedikit garam. Biarkan seketika selama 10 minit.
Panaskan minyak secukupnya bagi menggoreng ikan.
Goreng kesemua ikan talapia yang sudah dilumurkan dengan kunyit tadi sehingga garing dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi (buangkan sedikit sekiranya banyak, tinggal anggaran dalam lima sudu besar sahaja), tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak (cili kering, bawang besar dan bawang putih).
Apabila sudah pecah minyak, masukkan cili padi, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan juga cuka ke dalam bahan tumisan tadi.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan nenas dan bawang holland yang dipotong dadu. Kacau sehingga sebati.
Masukkan ikan yang digoreng tadi dan kacau sehingga mesra.
Tutup api dan Ikan Talapia Masak Tiga Rasa Oh Indahnya Kehidupan Legend of the Blue Sea sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Ramai anak-anak Mak Su yang kurang gemar untuk makan masakan yang berasalkan ikan sungai. Kenapa ya? Kerana, selalunya ikan sungai ni ada 'rasa yang sedikit pelik'. Jadi untuk menghilangkan 'rasa yang sedikit pelik' tu, setelah ikan dibasuh bersih, rendam seketika ikan tersebut di dalam air yang diletakkan sedikit garam atau cuka atau air asam jawa selama 5 ke 10 minit. InsyaAllah, 'rasa yang sedikit pelik' tu akan hilang. Cubalah ya.
Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.
No comments:
Post a Comment