Hidangan apa hari ini???
Mai Mak Su mau share satu rahsia pembuka selera yang boleh menyebabkan satu keluarga habiskan satu tong nasi panas.
Sambal belacan Mak Su yang spesial ni kerana Mak Su masih gunakan lesung batu untuk tumbuk cili tu. Kalau guna blender tak sedap kerana cili tak lumat sangat dan akan keluar banyak air. Jangan malas tau!
Itulah sebab sambal belacan Mak Su dipanggil Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali. Kena gunakan tenaga empat kerat untuk memastikan cili semuanya betul-betul lumat. Barulah best dan spesial dan alahai sedapnya.
Put in effort, you all. Kipidap!
Jemput makan semua!
Resipi Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali
Bahan-bahan:
6-8 biji Cili Merah yang dibuang bijinya
15 biji Cili Padi
Belacan sebesar ibu jari
1 sudu kecil Garam
Jus Asam Jawa secukupnya
Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan kecuali Jus Asam Jawa ke dalam lesung batu.
Tumbuk sehingga lumat. Bila dah lumat, masukkan Jus Air Asam Jawa dan kacau sebati.
Apa? Anak dara tak tau macamana tumbuk?
Laaa. Ok ok takper. Anak dara boleh belajar dari video di bawah, ok?
On your mark.
Get set.
Tumbuk.
Tumbuk, jangan tak tumbuk.
Ni lah end-product dia.
Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali
Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali sedia untuk dihidangkan.
Boleh dimakan dengan apa saja lauk. Janji ada nasi panas.
Hidangan ala kampung hari ni: ikan kembung goreng kunyit, pucuk ubi kayu rebus, sambal sotong kering dan artis undangan khas hari ni iaitu Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali.
Hidangan ala kampung hari ni: ikan kembung goreng kunyit, pucuk ubi kayu rebus, sambal sotong kering dan artis undangan khas hari ni iaitu Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali.
Jemput makan semua!
Encik Husband sapu semua habis licin. Happy kan?
Encik Husband sapu semua habis licin. Happy kan?
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Masa tumbuk, kalau sambal masuk dalam mata, jangan risau. Mak Su ada petua dia.
Ambil secubit garam dan letak di atas lidah. Alhamdulillah pedih sambal dalam mata akan berkurangan.
Kalau tak percaya, Mak Su syorkan semua pakai helmet aje lah masa mau tumbuk sambal belacan.
Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.
No comments:
Post a Comment