Saturday 18 February 2017

Nasi Lemak Daun Lemuni Sambal Ikan Kayu Mak Su Nor Awet Muda Kurang 20 Tahun

Assalamualaikum and good afternoon you all!

Dah makan?
Atau masih dok pikiaq nak masak apa untuk famili?

Istimewa menu hari ni, Nasi Lemak Daun Lemuni Sambal Ikan Kayu Mak Su Nor Awet Muda Kurang 20 Tahun.

Sapa yang terasa nak awet muda cubalah. Ini kerana daun lemuni ni dipercayai ada khasiat awet muda. Kalau makan selalu pasti muda 20 tahun. Tapi Mak Su tak issue surat gerenti tau!

Dan bukan saje ada khasiat awet muda tetapi juga boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Hah ni bukan Mak Su yang cakap tapi Pakcik Wikipedia yang bagi info.

Klik lah link di bawah dan tengok apa lagi info Pakcik Wikipedia bagi:

Pokok Lemuni Hitam

Mai sini sama-sama kita cuba masakan yang simple tapi cukup menyelerakan ni. Confirm satu famili makan bertambah berkali-kali.

Jemput makan semua.

Sesiapa yang tak kenal, ni lah dia daun lemuni. Mak Su lupa tangkap photo dia. So Mak Su pinjam photo ni dari blog http://akaktoo.blogspot.my. Thank you banyak-banyak ye!
Ni lah Nasi Lemak Daun Lemuni. Wajib dimakan bersama Sambal Ikan Kayu.

 Amboi BESTNYA! Encik Husband pasti akan tambah nasi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ...
ooopps, sori ye, rekod rosak.


Resipi Nasi Lemak Daun Lemuni Sambal Ikan Kayu Mak Su Nor Awet Muda Kurang 20 Tahun

Resipi Nasi Lemak Daun Lemuni 

Bahan-bahan:

3 pot Beras
20 helai Daun Lemuni - dikisar
5 biji Bawang Merah - dimayang halus
2 ulas Bawang Putih - dimayang halus
1 inci Halia - diketuk
3 helai Daun Pandan - dsimpulkan

3 cawan Air
2 cawan Santan Pekat
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Basuh beras hingga bersih dan toskan.

Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan kemudiannya masukkan air, santan, daun lemuni yang sudah dikisar, bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan garam secukup rasa.

Kacau pelahan supaya bahan bahan tadi sebati.

Hidupkan suis periuk nasi dan tunggu sehingga nasi masak.

Resipi Sambal Ikan Kayu

Bahan-bahan:

2 ekor Ikan Kayu/Tongkol
3 sudu besar Kunyit Serbuk
6 biji Bawang Besar
200 gram Cili Kering - dikisar
2 inci Belacan - dikisar bersama cili kering
3 sudu besar Air Asam Jawa
1 biji Bawang Besar - dihiris nipis secara membulat
Garam dan Gula secukup rasa

Cara-cara:

Basuh ikan sehingga bersih dan ketepikan.

Gaulkan ikan bersama-sama kunyit dan garam.

Di dalam kuali yang bersesuaian, panaskan minyak. Goreng kesemua ikan sehingga garing dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak menggoreng ikan tadi, kurang sedikit minyak dan tinggalkan anggaran dalam 5 sudu besar minyak sahaja di dalam kuali.

Apabila minyak sudah panas, tumiskan bawang merah yang dikisar tadi sehingga naik bau dan kekuning--kuningan.

Kemudian, masukkan cili kering yang sudah dikisar dan kacau sebati. Goreng sehingga pecah minyak.

Apabila cili sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan sedikit air dan kacau.

Tunggu sehingga sambal menggelegak, dan masukkan ikan yang digoreng tadi. Kacau rata.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sehingga mesra kesemuanya.

Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar. Kacau sehingga bawang layu dan boleh ditutup api.

Siap!

Nasi Lemak Daun Lemuni Sambal Ikan Kayu Mak Su Nor Awet Muda Kurang 20 Tahun sedia untuk dihidangkan.

Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...

Mai sini Mak Su nak bagi tau cara-cara nak elakkan ikan melekat di kuali semasa menggoreng ikan. Senang saja. Masukkan beberapa keping asam keping di dalam minyak gorengan ikan semasa kita menggoreng ikan. InsyaAllah, ikan tidak akan melekat di kuali dan kita boleh membalik-balik ikan yang digoreng itu dengan lebih mudah.

Cubalah ye sayang.

Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.

No comments:

Post a Comment