Saturday, 25 February 2017

Pisang Goreng KRUP KRUP KRAP Sedap Gila

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

MARI!!! MARI!!! MARI!!! ADA PISANG GORENG PANAS!

RANGGUP SEDAP GILA KRUP KRUP KRAP!!!

Siapa mau makan, cepat belajar sama Mak Su punya husband paling sweet, Mr Abu Bakar.

Dia yang paling expert goreng pisang ranggup KRUP KRUP KRAP.

KRUP KRUP KRAP, excuse me, Mak Su tengah enjoy ok! KRUP KRUP KRAP.

Jemput makan semua!

Sambung KRUP KRUP KRAP, KRUP KRUP KRAP, KRUP KRUP KRAP. 
Jangan jeles tau. Belajar dan masak sendiri chuoollss.


Resipi Pisang Goreng KRUP KRUP KRAP Sedap Gila

Bahan-bahan: 

1 sikat Pisang Awak atau Pisang Abu
3 cawan Tepung Beras
Secubit Soda Bikabonat
Secubit Garam
Secubit Gula
Air secukupnya (kalau suka effect KRUP KRUP KRAP kurangkan air dia)
Minyak secukupnya untuk menggoreng (kena banyak minyak untuk memastikan hasil gorengan menjadi ranggup)

Cara-cara:

Kupas pisang dan dibelah dua.

Satukan tepung beras, soda bikabonat, garam dan gula.

Tuangkan air sedikit-sedikit dan perlahan-perlahan ke dalam adunan tepung tadi. Pastikan adunan tidak terlalu cair.

Panaskan minyak.

Ambil potongan pisang dan celup ke dalam adunan tepung satu persatu. Pastikan keseluruhan pisang disaluti dengan tepung.

Masukkan pisang ke dalam minyak panas tadi.  Ulangi process sampai penuhi kuali.

Balik-balikkan pisang supaya masak sama rata.

Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan letak ke atas tisu dapur untuk menyerap minyak.

Pisang Goreng KRUP KRUP KRAP Sedap Gila sedia untuk dihidangkan.
 
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...

Encik Husband pesan soda bikarbonat itulah rahsia untuk pisang goreng kita menjadi rangup. Tapi awas! Jangan letak banyak-banyak ye anak-anak sayang, nanti pahit adunan tepung awak tu nanti.

Orait, semua jangan lupa pesan Mak Su ni.


Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.

Saturday, 18 February 2017

Nasi Lemak Daun Lemuni Sambal Ikan Kayu Mak Su Nor Awet Muda Kurang 20 Tahun

Assalamualaikum and good afternoon you all!

Dah makan?
Atau masih dok pikiaq nak masak apa untuk famili?

Istimewa menu hari ni, Nasi Lemak Daun Lemuni Sambal Ikan Kayu Mak Su Nor Awet Muda Kurang 20 Tahun.

Sapa yang terasa nak awet muda cubalah. Ini kerana daun lemuni ni dipercayai ada khasiat awet muda. Kalau makan selalu pasti muda 20 tahun. Tapi Mak Su tak issue surat gerenti tau!

Dan bukan saje ada khasiat awet muda tetapi juga boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Hah ni bukan Mak Su yang cakap tapi Pakcik Wikipedia yang bagi info.

Klik lah link di bawah dan tengok apa lagi info Pakcik Wikipedia bagi:

Pokok Lemuni Hitam

Mai sini sama-sama kita cuba masakan yang simple tapi cukup menyelerakan ni. Confirm satu famili makan bertambah berkali-kali.

Jemput makan semua.

Sesiapa yang tak kenal, ni lah dia daun lemuni. Mak Su lupa tangkap photo dia. So Mak Su pinjam photo ni dari blog http://akaktoo.blogspot.my. Thank you banyak-banyak ye!
Ni lah Nasi Lemak Daun Lemuni. Wajib dimakan bersama Sambal Ikan Kayu.

 Amboi BESTNYA! Encik Husband pasti akan tambah nasi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ... dan tambah lagi ...
ooopps, sori ye, rekod rosak.


Resipi Nasi Lemak Daun Lemuni Sambal Ikan Kayu Mak Su Nor Awet Muda Kurang 20 Tahun

Resipi Nasi Lemak Daun Lemuni 

Bahan-bahan:

3 pot Beras
20 helai Daun Lemuni - dikisar
5 biji Bawang Merah - dimayang halus
2 ulas Bawang Putih - dimayang halus
1 inci Halia - diketuk
3 helai Daun Pandan - dsimpulkan

3 cawan Air
2 cawan Santan Pekat
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Basuh beras hingga bersih dan toskan.

Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan kemudiannya masukkan air, santan, daun lemuni yang sudah dikisar, bawang merah, bawang putih, halia, daun pandan dan garam secukup rasa.

Kacau pelahan supaya bahan bahan tadi sebati.

Hidupkan suis periuk nasi dan tunggu sehingga nasi masak.

Resipi Sambal Ikan Kayu

Bahan-bahan:

2 ekor Ikan Kayu/Tongkol
3 sudu besar Kunyit Serbuk
6 biji Bawang Besar
200 gram Cili Kering - dikisar
2 inci Belacan - dikisar bersama cili kering
3 sudu besar Air Asam Jawa
1 biji Bawang Besar - dihiris nipis secara membulat
Garam dan Gula secukup rasa

Cara-cara:

Basuh ikan sehingga bersih dan ketepikan.

Gaulkan ikan bersama-sama kunyit dan garam.

Di dalam kuali yang bersesuaian, panaskan minyak. Goreng kesemua ikan sehingga garing dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak menggoreng ikan tadi, kurang sedikit minyak dan tinggalkan anggaran dalam 5 sudu besar minyak sahaja di dalam kuali.

Apabila minyak sudah panas, tumiskan bawang merah yang dikisar tadi sehingga naik bau dan kekuning--kuningan.

Kemudian, masukkan cili kering yang sudah dikisar dan kacau sebati. Goreng sehingga pecah minyak.

Apabila cili sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan sedikit air dan kacau.

Tunggu sehingga sambal menggelegak, dan masukkan ikan yang digoreng tadi. Kacau rata.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi sehingga mesra kesemuanya.

Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar. Kacau sehingga bawang layu dan boleh ditutup api.

Siap!

Nasi Lemak Daun Lemuni Sambal Ikan Kayu Mak Su Nor Awet Muda Kurang 20 Tahun sedia untuk dihidangkan.

Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...

Mai sini Mak Su nak bagi tau cara-cara nak elakkan ikan melekat di kuali semasa menggoreng ikan. Senang saja. Masukkan beberapa keping asam keping di dalam minyak gorengan ikan semasa kita menggoreng ikan. InsyaAllah, ikan tidak akan melekat di kuali dan kita boleh membalik-balik ikan yang digoreng itu dengan lebih mudah.

Cubalah ye sayang.

Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.

Saturday, 11 February 2017

Menu Campak-Campak Saranghaeyo

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa masak hari ini?

Hari ini Mak Su tak mau cerita pasal menu Mak Su.

Tapi Mak Su mau cerita sikit Hikayat Anak Nombor Tiga Mak Su tu main masak-masak.

Cuti am hari tu, dia mau masak untuk Encik Husband dia. So dia pun buka peti sejuk dan keluarkan semua bahan-bahan yang boleh dimakan dan hampir expire. Dan mulalah masak macam anak-anak kecil main masak. Campak semua sekali ke dalam kuali.

Kononnya mau masak kari daging. Tengok-tengok keluar rendang daging. Alhamdulillah. Nasib baik Anak Nombor Tiga ni dah lama ikut mak dia masak. Dah besar terror lah sekarang.

So terhasil lah 2 Menu Campak-Campak Saranghaeyo ~ Ala Rendang Daging "I Lub My Hubby" dan Sayur Campur Cendawan "You Are Truly Wonderful To Me".

Jemput makan semua!

Menu Campak-Campak Kari Daging tukar jadi Rendang Daging. Ala-ala aje. Tapi it's okay. Selagi hubby dia suka. Hubby dia bawa bekal ke kerja lagi, tau!  
I Lub You, Hubby!!!
Main Campak-Campak pun keluar cantik macam dah rancang awal-awal.  
"You Are Truly Wonderful To Me!!!"
Konfirm Menu Mengikat Hati Suami


Resipi Campak-Campak Ala Rendang Daging "I Lub My Hubby" 

Bahan-bahan:


300 gram Daging - dipotong kiub
30 gram Cili Kering - dikisar halus
4 batang Serai - dipotong kecil dan dikisar halus
1 inchi Lengkuas - dikisar
5 biji Bawang Merah - dikisar
1 biji Bawang Besar - dihiris nipis 
2 biji Ubi Kentang (sederhana besar) - dipotong baji
2 helai Daun Kunyit - dihiris nipis
4 sudu besar Minyak Masak - untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara:


Cuci daging sehingga bersih dan sejat air basuhan.

Kisar kesemua bahan seperti cili kering, serai, lengkuas dan bawang merah sehingga halus.

Panaskan minyak.

Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga pecah minyak.

Setelah pecah minyak, masukkan ubi kentang yang sudah dipotong tadi. Kacau sehingga bahan-bahan mesra.

Apabila kentang sudah setengah empuk, masukkan pula daging.

Kacau supaya bahan-bahan tergaul mesra.

Biarkan seketika sehingga kentang betul-betul empuk dan daging sudah masak dan lembut.

Masukkan hirisan bawang dan juga hirisan daun kunyit. Kacau sehingga sekata. Perasakan dengan garam secukupnya.

Apabila hirisan bawang sudah layu, tutup api maka Ala Rendang Daging "I Lub My Hubby" sedia untuk dihidangkan.
 

Resipi Campak-Campak Sayur Campur Cendawan "You Are Truly Wonderful To Me".

Bahan-bahan:


2 paket Cendawan Tiram
200 gram Isi Daging Ayam
1 paket Kacang Pea - dipotong serong
1 paket Jagung Muda - dipotong secara memanjang
4 biji Cili Merah - dipotong secara memanjang
4 biji Bawang Merah - dimayang halus
2 ulas Bawang Putih - dimayang halus
1 sudu kecil Lada Hitam - ditumbuk halus
1 cawan Air
Garam secukup rasa.

Cara-cara:


Basuh cendawan tiram, kacang pea, jagung muda dan cili merah sehingga bersih. Potong sayur-sayuran tersebut mengikut potongan seperti yang dinyatakan di atas.

Ayam dicuci sehingga bersih dan dipotong dadu.

Di dalam kuali atau periuk yang bersesuaian, masak air sehingga mendidih.

Kemudian, masukkan bawang putih dan bawang merah yang dimayang halus ke dalam air yang mendidih tadi. Kacau sehingga rata.

Masukkan cili merah dan biarkan seketika.
Kemudian, masukkan juga kacang pea, jagung muda dan lada hitam. Kacau.

Masukkan ayam dan kacau sehingga kesemua bahan mesra semuanya. Biarkan seketika atau sehingga ayam betul-betul masak.

Akhir sekali, masukkan cendawan tiram dan kacau sehingga sekata kesemuanya. 

Jangan lupa ya, garam secukup rasa.

Apabila cendawan sudah sedikit layu dan masak, tutup api.

Sayur Campur Cendawan "You Are Truly Wonderful To Me" sedia untuk dihidangkan.

Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...

Tip Mak Su hari tak da la tentang masak sangat. Cuma nak bagi tips kat isteri-isteri kat luar sana yang takut nak masak sebab alasannya tak pandai masak atau kalau masak nanti tak sedap. 

Sayang-sayang semua, don't worry, masaklah dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Sambil kacau makanan yang dimasak tu sambil-sambillah berselawat. Kalau sekali masak kurang menjadi, jangan putus asa cuba lagi. Belajarlah dari emak tersayang, bonda mentua tercinta tak pun kalau malu, google sajalah tips memasak. Confirm masalah selesai. 

Tengok anak Mak Su yang Nombor Tiga, bila tak terikat dengan resepi dan main campak-campak ja, dah jadi dua menu yang memikat selera.

Ingat tau, salah satu rahsia kebahagiaan rumahtangga adalah apabila kita pandai memikat perut suami. Saranghaeyo!!!

 Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.

Saturday, 4 February 2017

Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG BANG

Assalamualaikum dan anyo-haseyo semua.

Apa khabar semua?

Mak Su mau introduce pulak kudapan cekodok pisang Ma Su yang terror ni. Amat sesuai dimakan di waktu pagi terutama sekali pada musim hujan yang sejuk ni.

Bila Ma Su masak cekodok pisang ni, mesti Mak Su teringat balik cerita drama Korea yang sedap tapi amat sedih faberit Mak Su, iaitu drama Winter Sonata.

Itulah sebab Mak Su gelarkan dia Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG BANG. Sehebat drama tu. Masa makan amat sedap dan romatik tapi bila dah habis makan amatlah sedih kerana rindukan dia lagi.

Jemput makan semua!

Ni lah drama yang menyebabkan para wanita Malaysia menangis tersedu-sedu habis satu kotak tisu.
Ni lah Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG BANG.
Tengok gambar pun dah hilangkan diri ke Pulau Namiseom di Korea di mana drama ini difilemkan. 
Oh so very the romantik. Kan? Kan? Kan?


Resipi Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG BANG 

Bahan-bahan:

3 cawan Tepung Gandum
Sesikat Pisang 'Dole' atau lebih dikenali sebagai Cavendish Banana Singles
2 sudu besar Gula Perang
1 cawan Air
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara:

Kupas dan buangkan kulit pisang.

Lenyekkan pisang yang dikupas tadi dengan menggunakan garpu sehingga hancur.

Masukkan gula dan tepung ke dalam pisang yang sudah dilenyek tadi dan gaul sehingga sebati.

Sekiranya adunan sangat pekat, masukkan sedikit air.

Panaskan minyak sehingga kepanasan yang sederhana.

Basahkan hujung jari kita ke dalam air dan jemputkan adunan tepung itu tadi ke dalam minyak panas. Ulangi proses ini sehingga ia memenuhi 3/4 ruangan kuali.

Goreng sehingga ia menjadi warna kuning keemasan.

Angkat dan toskan.

Boleh diletakkan di atas tisu dapur supaya minyak gorengan meresap.

Cekodok Pisang Mak Su Nor Winter Sonata BIG BANG BANG  sedia untuk dihidangkan.

Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...

Semasa menggoreng cekodok, ingin Mak Su ingatkan. Anak-anak mesti bijak mengawal api. Api jangan terlampau besar dan minyak jangan terlampau panas kerana ini akan menyebabkan cekodok kita akan cepat hangit tetapi dalam cekodoknya masih belum masak lagi. Kalau apinya tidak cukup panas, cekodok kita akan berminyak dan agak lembik. Jadi berhati-hati ya sayang.

Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.