Assalamualaikum and Salam Sejahtera,
Buat apa tu semua?
Mak Su nak introduce menu hebat Ikan Talapia Masak Tiga Rasa ni. Ada rasa masam, ada rasa manis, dan apa lagi, mestilah ada rasa masin!
Oh indahnya kehidupan masakan Legend of the Blue Sea Mak Su ni!
Jemput makan semua!
Resipi Ikan Talapia Masak Tiga Rasa Oh Indahnya Kehidupan Legend of the Blue Sea
Bahan-bahan:
5 ekor Ikan Talapia (saiz sederhana)
75 gram Cili Kering - dikisar halus
2 biji Bawang Besar - dikisar halus
3 ulas Bawang Putih - dikisar halus
20 biji Cili Padi - dipotong halus
3 sudu besar Serbuk Kunyit
2 sudu besar Sos Cili
1 sudu besar Sos Tomato
1 sudu Sos Tiram
1 sudu besar Sos Ikan
1 sudu besar Cuka
1/4 biji Nenas - dipotong dadu
1 biji Bawang Holland - dipotong dadu
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Basuh ikan talapia sehingga bersih.
Gaul ikan tadi bersama-sama serbuk kunyit dan sedikit garam. Biarkan seketika selama 10 minit.
Panaskan minyak secukupnya bagi menggoreng ikan.
Goreng kesemua ikan talapia yang sudah dilumurkan dengan kunyit tadi sehingga garing dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi (buangkan sedikit sekiranya banyak, tinggal anggaran dalam lima sudu besar sahaja), tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak (cili kering, bawang besar dan bawang putih).
Apabila sudah pecah minyak, masukkan cili padi, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan juga cuka ke dalam bahan tumisan tadi.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Kemudian masukkan nenas dan bawang holland yang dipotong dadu. Kacau sehingga sebati.
Masukkan ikan yang digoreng tadi dan kacau sehingga mesra.
Tutup api dan Ikan Talapia Masak Tiga Rasa Oh Indahnya Kehidupan Legend of the Blue Sea sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Ramai anak-anak Mak Su yang kurang gemar untuk makan masakan yang berasalkan ikan sungai. Kenapa ya? Kerana, selalunya ikan sungai ni ada 'rasa yang sedikit pelik'. Jadi untuk menghilangkan 'rasa yang sedikit pelik' tu, setelah ikan dibasuh bersih, rendam seketika ikan tersebut di dalam air yang diletakkan sedikit garam atau cuka atau air asam jawa selama 5 ke 10 minit. InsyaAllah, 'rasa yang sedikit pelik' tu akan hilang. Cubalah ya.
Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.
Saturday, 28 January 2017
Saturday, 21 January 2017
Nasi Daging Mak Su Nor Country Road Take Me Home
Assalamualaikum.
Salam sejahtera buat semua.
Nak tahu apa menu istimewa Mak Su Nor hari ni?
Nasi Daging Mak Su Nor bukan ala Korea Bulgogi Goblin Gong Yoo tau. Tapi Nasi Daging ala Country Road Take Me Home.
Mengapa? Kerana supaya anak-anak tersayang Mak Su akan rindukan rumah kat kampung bila terfikir Nasi Daging Mak Su ni. Terus mereka akan nyanyikan lagu Country Road Take Me Balik Kampung.
Jemput makan semua!
Resipi Nasi Daging Mak Su Nor Country Road Take Me Home
Bahan-bahan:
Untuk Nasi Daging:
2 cawan Beras Basmathi
500 gram Daging
2 liter Air
Perkakas Tumis (2 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 5 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga)
2 biji Bawang Besar - dikisar halus
3 ulas Bawang Putih - dikisar halus
1 inci Halia - dikisar halus
3 sudu besar Minyak Sapi
1 tin Susu Cair
Untuk Air Asam:
3 biji Bawang Besar
3 biji Tomato
50 gram Cili Kering - dikisar halus
10 biji Cili Api
1/2 tin Sup Tomato
1/2 cawan Air Asam Jawa
Garam dan Gula secukup rasa.
Cara-cara:
Untuk Nasi Daging:
Potong daging nipis-nipis atau mengikut saiz kegemaran masing-masing.
Basuh daging sehingga bersih.
Rebus daging bersama-sama 2 liter air sehingga empuk. Apabila daging sudah empuk, tutup api.
Dalam periuk yang berasingan, tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang sudah dikisar halus tadi bersama-sama minyak sapi dan perkakasan tumis.
Apabila tumisan sudah garing, masukkan 2 cawan air rebusan daging, susu cair dan garam secukup rasa.
Masukkan beras. Kecilkan sedikit api, tutup periuk dan masak sehingga beras masak menjadi nasi. Jangan kacau terlampau kerap kerana ini akan menyebabkan beras patah.
Untuk Air Asam:
Potong bawang besar dan tomato kepada 4 bahagian, dan kemudiannya hiris halus-halus.
Hiris cili padi halus-halus.
Di dalam mangkuk yang bersesuaian, satukan bawang besar, tomato dan cili padi yang sudah dihiris bersama-sama cili kering yang sudah dikisar, sup tomato dan air asam jawa.
Kacau sehingga bahan-bahan tadi mesra bersama.
Perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing.
Cara Untuk Dihidangkan:
Sendukkan nasi ke dalam pinggan, dan hiaskan dengan daging yang sudah dihiris tadi.
Sendukkan air asam ke dalam mangkuk yang berasingan.

Dan akhirnya, Nasi Daging Mak Su Nor Country Road Take Me Home sedia untuk dihidangkan. Nyuuuummmmy.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Nak tau apa rahsia kalau kita tak mau bagi Beras Basmathi kita patah ketika memasak? Masukkan setengah sudu besar gula ke dalam beras yang sedia untuk dimasak. InsyaAllah, nasi yang dihasilkan akan panjang-panjang dan tidak mudah patah. Nanti cuba tau.
Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Nak tau apa rahsia kalau kita tak mau bagi Beras Basmathi kita patah ketika memasak? Masukkan setengah sudu besar gula ke dalam beras yang sedia untuk dimasak. InsyaAllah, nasi yang dihasilkan akan panjang-panjang dan tidak mudah patah. Nanti cuba tau.
Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.
Sunday, 15 January 2017
Cucur Udang Kuah Kacang Gunung Berapi Mak Sur Nor Jeng Jeng Jeng
Assalamualaikum dan selamat tengahari semua!
Dah kenyang ka semua ? Alhamdulillah ...
Mak Su dah start dok pikiaq apa nak masak untuk minum petang sat lagi.
Tanya En. Husband, dia request nak makan cucoq udang.
Lepas sembahyang Zohor tadi, Mak Su pi selongkar dapur. Cukup bahan-bahan untuk buat cucoq dengan kuah kacang sekali.
Maka, tadaaaaa ............. Cucur Udang Kuah Kacang Gunung Berapi Mak Sur Nor Jeng Jeng Jeng untuk minum petang ini. Sedapnya ...
Jemput makan semua!
Resipi Cucur Udang Kuah Kacang Gunung Berapi Mak Sur Nor Jeng Jeng Jeng
Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk Cucur:
500 gram Tepung Gandum
1 sudu teh Baking Powder
2 sudu teh Serbuk Kunyit
50 gram Kuchai
50 gram Taugeh
200 gram Udang (lagi banyak kita masukkan udang, lagi sedap tau)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya (untuk menggoreng)
Bahan-bahan untuk Kuah Kacang:
500 gram Kacang Tanah
100 gram Cili Kering
3 biji Bawang Besar
1 inci Belacan
1 inchi Halia
2 batang Serai (dititik)
Setengah cawan Air Asam Jawa (cair)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya (untuk menumis)
Cara-cara:
Untuk Cucur:
Masukkan tepung dan baking powder ke dalam bekas yang bersesuaian.
Potong kuchai panjang-panjang dan masukkan ke dalam tepung bersama taugeh dan juga udang.
Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung tadi. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adun sebati.
Masukan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
Panaskan minyak secukupnya.
Masukkan adunan tepung ke dalam minyak panas. Sendukkan adunan tepung dengan senduk yang leper, dan masukkan adunan ke dalam minyak panas. Tidak perlu dibuat bulat-bulat, dan pastikan ia sedikit lepas.
Goreng sehingga garing dan ulangi sehingga adunan tepung habis digoreng.
Untuk Kuah Kacang:
Kacang tanah dibasuh bersih dan disangai sehingga masak (goreng tanpa minyak)
Tutup api, dan biarkan sehingga sejuk. Buang kulit kacang dan kisar (Bahagikan kacang kepada 2 bahagian, 1 bahagian dikisar kasar dan 1 bahagian lagi dikisar halus).
Basuh cili kering sehingga bersih dan tapis.
Kemudian,cili kering, bawang besar, halia, dan belacan digoreng terlebih dahulu sehingga naik bau. Angkat dan biarkan sejuk dan kisar sehingga halus.
Dengan menggunakan minyak tadi, tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air dan kacang yang sudah dikisar tadi. Kacau sentiasa supaya kuah tidak berkerak.
Berhati-hati ya, time ni kuah kacang ni akan meletup-letup.
Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukupnya.
Tutup api.
Cara Untuk Dihidangkan:
Potong cucur udang tadi mengikut saiz kegemaran.
Masukkan kuah kacang ke dalam mangkuk yang bersesuaian.
Cucur Udang Kuah Kacang Gunung Berapi Mak Sur Nor Jeng Jeng Jeng sedia untuk dihidangkan.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Untuk menambahkan lagi kesedapan dan keenakan pada kuah kacang, boleh la sayang-sayang semua tambahkan sedikit santan pekat ke dalam kuah tadi. Kuah akan menjadi lemak berkrim dan disukai ramai, hi hi hi.
Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.
Dah kenyang ka semua ? Alhamdulillah ...
Mak Su dah start dok pikiaq apa nak masak untuk minum petang sat lagi.
Tanya En. Husband, dia request nak makan cucoq udang.
Lepas sembahyang Zohor tadi, Mak Su pi selongkar dapur. Cukup bahan-bahan untuk buat cucoq dengan kuah kacang sekali.
Maka, tadaaaaa ............. Cucur Udang Kuah Kacang Gunung Berapi Mak Sur Nor Jeng Jeng Jeng untuk minum petang ini. Sedapnya ...
Jemput makan semua!
Tu nampak tak? Kuah Kacang Gunung Berapi tengah berasap. Kalau tak cuba, pasti meletup.
Resipi Cucur Udang Kuah Kacang Gunung Berapi Mak Sur Nor Jeng Jeng Jeng
Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk Cucur:
500 gram Tepung Gandum
1 sudu teh Baking Powder
2 sudu teh Serbuk Kunyit
50 gram Kuchai
50 gram Taugeh
200 gram Udang (lagi banyak kita masukkan udang, lagi sedap tau)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya (untuk menggoreng)
Bahan-bahan untuk Kuah Kacang:
500 gram Kacang Tanah
100 gram Cili Kering
3 biji Bawang Besar
1 inci Belacan
1 inchi Halia
2 batang Serai (dititik)
Setengah cawan Air Asam Jawa (cair)
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya (untuk menumis)
Cara-cara:
Untuk Cucur:
Masukkan tepung dan baking powder ke dalam bekas yang bersesuaian.
Potong kuchai panjang-panjang dan masukkan ke dalam tepung bersama taugeh dan juga udang.
Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung tadi. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Adun sebati.
Masukan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.
Panaskan minyak secukupnya.
Masukkan adunan tepung ke dalam minyak panas. Sendukkan adunan tepung dengan senduk yang leper, dan masukkan adunan ke dalam minyak panas. Tidak perlu dibuat bulat-bulat, dan pastikan ia sedikit lepas.
Goreng sehingga garing dan ulangi sehingga adunan tepung habis digoreng.
Untuk Kuah Kacang:
Kacang tanah dibasuh bersih dan disangai sehingga masak (goreng tanpa minyak)
Tutup api, dan biarkan sehingga sejuk. Buang kulit kacang dan kisar (Bahagikan kacang kepada 2 bahagian, 1 bahagian dikisar kasar dan 1 bahagian lagi dikisar halus).
Basuh cili kering sehingga bersih dan tapis.
Kemudian,cili kering, bawang besar, halia, dan belacan digoreng terlebih dahulu sehingga naik bau. Angkat dan biarkan sejuk dan kisar sehingga halus.
Dengan menggunakan minyak tadi, tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
Masukkan sedikit air dan kacang yang sudah dikisar tadi. Kacau sentiasa supaya kuah tidak berkerak.
Berhati-hati ya, time ni kuah kacang ni akan meletup-letup.
Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukupnya.
Tutup api.
Cara Untuk Dihidangkan:
Potong cucur udang tadi mengikut saiz kegemaran.
Masukkan kuah kacang ke dalam mangkuk yang bersesuaian.
Cucur Udang Kuah Kacang Gunung Berapi Mak Sur Nor Jeng Jeng Jeng sedia untuk dihidangkan.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Untuk menambahkan lagi kesedapan dan keenakan pada kuah kacang, boleh la sayang-sayang semua tambahkan sedikit santan pekat ke dalam kuah tadi. Kuah akan menjadi lemak berkrim dan disukai ramai, hi hi hi.
Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.
Labels:
Cucur,
Goreng,
Kacang,
Kuchai,
Minum Petang,
Resipi Mudah,
Sarapan,
Udang
Saturday, 14 January 2017
Pengat Ubi Bersama Sago Bulat Bulat Psy Gangnam Style
Assalamualaikum dan selamat tengahari semua!
Buat apa tu?
En. Husband beli ubi kayu. Dilema ni. Nak rebus ka, nak buat pengat ka or nak buat bingka?
Last-last, Mak Su decide untuk masak Pengat Ubi Bersama Sago Bulat Bulat Psy Gangnam Style.
Jemput makan semua!
(Maaf ye, gambar also tak clear. Apa mau buat. Fotographer tengah hot Oppa Gangnam Style. Kata dia hepi sangat dapat makan Pengat Ubi Sago Bulat Bulat ni.)
Resipi Pengat Ubi Bersama Sago Bulat Bulat Psy Gangnam Style
Bahan-bahan:
500 gram Ubi Kayu
3 sudu besar Sagu (direndam setengah jam)
1 keping Gula Melaka
2 mangkuk Santan Pekat
2 cawan Air
3 helai Daun Pandan
Secubit Garam
Cara-cara:
Rebus ubi kayu sehingga empuk bersama-sama 2 cawan air.
Masukkan sagu dan tunggu sehingga sagu kembang.
Setelah sagu kembang, masukkan gula melaka dan daun pandan.
Bila gula melaka sudah cair, masukkan santan dan secubit garam.
Kacau perlahan supaya santan tidak pecah minyak dan apabila santan mula menggelegak, bolehlah ditutup api.
Pengat Ubi Bersama Sago Bulat Bulat Psy Gangnam Style sedia untuk dihidangkan.
Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...
Ramai yang nak jaga badan, takut nak makan santan yang pekat-pekat, katanya banyak lemak dan kolestrol. Ni Mak Su nak bagitau. Secubit garam yang kita masukkan ke dalam kuah kita tadi adalah bertujuan untuk menambahkan rasa 'lemak' pada santan yang kita masukkan tadi. Jadi, tak perlulah kita masukkan santan pekat yang banyak. Bolehlah kita kurangkan santan dari 2 mangkuk ke 1 mangkuk. Yang penting kita perlu pandai seimbangkan rasa, manis dan masin supaya kuah pengat kita menjadi enak.
Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.
Subscribe to:
Posts (Atom)