Saturday, 13 May 2017

Sambal Sotong Oh Sotong Ala Thai

Assalamualaikum and Salam Sejahtera istimewa buat kesayangan Mak Su semua,

Selamat tengah hari semua. Dah makan ke belum. Tak tau nak masak apa? Tak pa, jom hari ni kita sambung belajaq memasak dengan Mak Su. Lama dah kita tak main masak-masak.

Dun worry, jangan takut. Hari ni kita masak makanan yang cukup simple dan dijamin sedap tanpa was-was.

Jemput makan semua!


Resipi Sambal Sotong Oh Sotong Ala Thai

Bahan-bahan:

10 ekor Sotong (bersaiz sederhana) - dibersihkan dan dipotong setebal 3 inci lebar
3 helai Daun Limau Purut
4 sudu besar Cili Kering Kisar
3 sudu besar Pes Tom Yam
1 sudu besar sos sotong
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai - dititik
10 biji cili padi - dititik
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - diketuk dan dihiris halus
1 biji bawang besar - dipotong gelang

Setengah cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar yang dipotong dadu, bawang putih dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.

Masukkan pes tom yam dan kacau rata, diikuti dengan sos sotong dan sos tiram. Tuangkan air untuk kuahnya. Perasakan dengan garam dan gula.

Setelah cukup rasa, masukkan sotong, cili padi, dan daun limau purut. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga kuah mendidih dan sotong masak.

Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong gelang tadi. 

Tadaaaaaa .... Sambal Sotong Oh Sotong Ala Thai sedia untuk dihidangkan.

Sedap dimakan dengan nasi panas. Kalau nak makan cicah dengan Roti Banggali pun sedap.

Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...

Tips apa ya Mak Su nak share minggu ni? 

Ok, Mak su nak ajar macam mana untuk pastikan sotong yang kita masak tidak liat seperti getah. Caranya, setelah sotong dibersihkan dan dipotong, masukkan sotong ke dalam air mendidih selama 2 minit. Kemudian angkat dan toskan sotong tersebut dan terus masukkan ke dalam air sejuk/ais.

Senangkan? Cuba tau. Tak cuba kita takkan tau kan?

Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.

Saturday, 6 May 2017

JENG JENG JENG RAYA OH RAYA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

JENG JENG JENG

Sedar tak sedar kita sudah mau menyambut Ramadan.

Bermakna Raya sudah semakin dekat. YAAAAAAAY!!!

Biskut Raya kalau beli dari hypermarket tak sedap, kan. Jadi tiba lah masa untuk kita meyelongkar resipi-resipi biskut Raya.

So minggu ni Mak Su tak mau share masakan. Mak Su mau rekomen satu buku masak yang baru saja keluar dari oven. OUCH PANAS!!!

Buku masakan terbaru dari chef tersohor dan amat femes di kalangan bakers iaitu Chef Zubaidah Che Pa.

Buku baru dia, 101 Resipi Biskut Klasik, orang putih panggil dia 101 Classic Biscuits, sekarang boleh didapati di semua rangkaian Kedai Buku Popular. So biasa lah, Mak Su beli dari Kedai Buku Popular di Taiping Aeon.

Amboi bukan main cantik buku ni. Biskut klasik tapi English style! Semua gambar biskut di dalam buku ini sangat cantik dan lain dari buku-buku masak yang boleh didapati di pasaran. MESTI BELI!

Ada 101 resipi biskut klasik zaman Mak Su muda-muda dulu, seperti biskut Putu Kacang, biskut Bunga Cina, biskut Dam, biskut Samperit Dahlia, biskut Mentega Kacang dan lain-lain sewaktu dengannya.

Semua biskut klasik ni mesti dijaga, dipelihara ketulenan resipinya, dan jangan bagi hilang ditelan zaman, So, anak-anak muda semua, please take note ya!

Jom kita intai-intai!

Inilah buku dia. Kaver bagaikan buku masak dari Italy tapi biskut klasik Caterpillar
Ada 101 resipi tau! Semua gambar dia cantik-cantik belaka. 
Tapi paling penting semua resipi PASTI JADI!
 Biskut Mazola kesukaan orang ramai. Mak Su pun LIKE
Biskut Bangkit Santan cair di mulut kesukaan Pak Su
Biskut Almond London, kalau beli pasti mahal. Lebih baik buat sendiri. 
Nampak tu, semua resipi ada gambar Langkah demi Langkah Step by Step


Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat .....

Marilah kita bersama-sama buat biskut Raya. Jangan takut. Kita try cuba buat dulu. Ikut resipi pakar-pakar masak dan langkah demi langkah mereka. Jangan ubah-ubah resipi. Nanti tak jadi.

Selamat mencuba semua.

Jangan lupa belanja Mak Su makan biskut Raya dari air tangan you all tau!!!