Saturday 29 April 2017

Mee Goreng Anyo-Haseyo H.O.T, H.O.T, H.O.T

Assalamualaikum & Anyo-Haseyo semua!!!

Salam mesra from Dapur Seoul di Taiping Perak!!!

Apa you all makan hari ni?

Dapur Seoul Mak Su sekarang tengah cuti. Mak Su tengah kejar siri drama Korea paling H.O.T sekarang, Strong Woman Do Bong-soon. Karakter Do Bong-soon macam Mak Su, strong woman tau.

So, Encik Husband, you are on your on. Ada stok Mee Samyang H.O.T Chicken kat almari. Masak sendiri ok? (Mak Su melawak je. I still lub you, darling. Saranghaeyo! Tapi makan mee segera jugak)

Jemput makan semua!

Ni lah mee segera Korea yang paling best, Mee Samyang H.O.T Chicken. Ada cop HALAL dari Korea dan disahkan oleh JAKIM. Boleh makan tanpa was-was.
Hidangan untuk Encik Husband. Mai kita belajar kat bawah

Resipi Mee Goreng Anyo-Haseyo H.O.T, H.O.T, H.O.T

Bahan-bahan:

1 bungkus Mee Samyang H.O.T Chicken
Air secukupnya
1 biji Telur Goreng

Cara-cara:

Masak air sehingga didih. Masukkan mee ke dalam air panas. Masak sampai lembut mengikut kesukaan. Tutup api, tapis air dan masuk mee ke dalam pinggan.

Buka paket perencah dan taburkan ke atas mee dan gaul sehingga mesra.

Hiaskan dengan bijan dan serbuk rumpai laut (dari paket mee) dan telur goreng di atas mee.

Siap!

Mee Goreng Anyo-Haseyo H.O.T, H.O.T, H.O.T sedia untuk dihidangkan.

Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...

Kalau desperate mau cepat makan, masak mee dan air pada waktu yang sama. Tak perlu tunggu air mendidih dulu. Mee juga akan cepat lembut kerana sudah direndam di dalam air.

Untuk lebih sedap lagi, masukkan sedikit minyak bijan, bawang goreng, daun sup dan daun bawang ke atas Mee Goreng Anyo-Haseyo H.O.T, H.O.T, H.O.T sebelum dihidangkan.

Pesanan paling last dari Mak Su, jangan masukkan perencah ke dalam air didihan tau. Nanti jadi mee kuah, bukan mee goreng.

Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.

Saturday 22 April 2017

Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali

Assalamualaikum dan salam sejahtera you all!!!

Hidangan apa hari ini???

Mai Mak Su mau share satu rahsia pembuka selera yang boleh menyebabkan satu keluarga habiskan satu tong nasi panas.

Sambal belacan Mak Su yang spesial ni kerana Mak Su masih gunakan lesung batu untuk tumbuk cili tu. Kalau guna blender tak sedap kerana cili tak lumat sangat dan akan keluar banyak air. Jangan malas tau!

Itulah sebab sambal belacan Mak Su dipanggil Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali. Kena gunakan tenaga empat kerat untuk memastikan cili semuanya betul-betul lumat. Barulah best dan spesial dan alahai sedapnya.

Put in effort, you all. Kipidap!

Jemput makan semua!

Resipi Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali
 
Bahan-bahan:
 

6-8  biji Cili Merah yang dibuang bijinya
15 biji Cili Padi
Belacan sebesar ibu jari
1 sudu kecil Garam
Jus Asam Jawa secukupnya


Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan kecuali Jus Asam Jawa ke dalam lesung batu. 
Tumbuk sehingga lumat. Bila dah lumat, masukkan Jus Air Asam Jawa dan kacau sebati.

 Apa? Anak dara tak tau macamana tumbuk?
Laaa. Ok ok takper. Anak dara boleh belajar dari video di bawah, ok?
On your mark.
Get set.
Tumbuk.
Tumbuk, jangan tak tumbuk.
Dan tumbuk sampai betul-betul lumat.
 Ni lah end-product dia.
Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali
 Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali sedia untuk dihidangkan.
Boleh dimakan dengan apa saja lauk. Janji ada nasi panas.
Hidangan ala kampung hari ni: ikan kembung goreng kunyit, pucuk ubi kayu rebus, sambal sotong kering dan artis undangan khas hari ni iaitu Sambal Belacan Tumbuk-Tumbuk Ala Juara Tinju Muhammad Ali.
Jemput makan semua! 
Encik Husband sapu semua habis licin. Happy kan? 

Pssssst ... TOP SECRET ... mai Mak Su nak bisik sat ...

Masa tumbuk, kalau sambal masuk dalam mata, jangan risau. Mak Su ada petua dia.
Ambil secubit garam dan letak di atas lidah. Alhamdulillah pedih sambal dalam mata akan berkurangan.
Kalau tak percaya, Mak Su syorkan semua pakai helmet aje lah masa mau tumbuk sambal belacan.

Selamat mencuba semua. Pasti menjilat jari! Kalau sedap, cubalah banyak kali.